Posts

Showing posts from October, 2018

Dapatkan Maklumat Terkini Belanjawan 2019 Melalui WhatsApp Hello MOF

Image
Belanjawan 2019 akan dibentangkan esok 2 November 2018 di Parlimen oleh YB Menteri Kewangan kita, YB Lim Guan Eng pada pukul 4 p.m. Untuk mendapatkan updates atau kemaskini mengenai belanjawan ini, pihak Kementerian Kewangan (MOF) telah menyediakan perkhidmatan kemaskini melalui WhatsApp. Caranya: Hantar 'Hello MOF' ke nombor 011 1000 3001 poster daripada MOF

Laman Web Rasmi Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Bagi Persekutuan atau Negeri

Bila bersalam atau berkenalan dengan orang tertentu yang berpangkat Datuk Seri/Datuk/Dato'/Datin dan sebagainya, pakcik selalu tertanya - tanya - betul ke orang ni dapat pangkat ni? Bukan apa, kadang - kadang tu nampak macam muda sangat. Dan sekarang ni pulak, banyak kes - kes yang menyamar ada pangkat semata - mata nak menipu atau mendapat keistimewaan tertentu. Bila nak semak kesahihannya, tak tau nak rujuk kat mana. Takkan nak call istana kot? Tapi nasib baiklah ada beberapa negeri yang dah publish senarai penerima anugerah atau darjah kebesaran negeri di laman web masing - masing. Setakat ni yang pakcik jumpa adalah negeri - negeri di bawah ni. Silalah rujuk ya. Kalau korang tau ada website negeri lain yang ada senarai tersebut, silalah share kat ruangan komen ya.

Garis Panduan Menangani Isu Beg Berat Di Sekolah

Sehari dua ni ramai orang dok bercakap pasal isu beg berat murid - murid sekolah. Sebenarnya Kementerian Pendidikan dah pun mengeluarkan garis panduan bagi perkara ini. Cuma yang tinggal sekarang ni pelaksanaannya sahaja. Pakcik tengok masih ramai lagi budak - budak sekolah, terutamanya sekolah rendah, masih bawa beg yang berat macam batu. Kat bawah ni pakcik share kan link untuk download garis panduan tersebut untuk rujukan ibu bapa semua. 'Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 8 Tahun 2018 - Panduan Menangani Isu Beg Berat di Sekolah'

Doa Untuk Anak - Anak Mengambil Peperiksaan SPM

Exam SPM dah dank bermula. Seperti biasa, sebagai ibu bapa sudah semestinya kita inginkan yang terbaik untuk anak - anak. Oleh itu, jangan lupa untuk sentiasa mendoakan semoga urusan exam mereka dipermudahkan. Sebenarnya untuk berdoa ni, boleh je karang sendiri mengikut ayat masing - masing. Asalkan ikhlas dan bersungguh - sungguh. Bagaimanapun, doa di bawah ni saya dapat daripada WhatsApp yang dishare oleh kawan - kawan. Semoga berguna untuk dijadikan panduan. InsyaAllah.