Posts

Showing posts from March, 2020

COVID-19: Infografik Ringkasan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat

Image
Infografik di bawah ini ialah daripada MOF yang dikongsi di media sosial. Infografik ini adalah ringkasan untuk lebih mudah difahami daripada pengumuman pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat akibat covid-19. Semoga berguna.

Covid-19: Soalan Lazim (FAQ) Bank Negara Mengenai Bantuan Penangguhan Pinjaman Bank Untuk Perniagaan dan Individu

Bagi mengurangkan bebanan perniagaan dan isi rumah yang mungkin terkesan dengan wabak Covid-19, pihak kerajaan, melalui Bank Negara Malaysia, mengumumkan bantuan penangguhan pinjaman bank secara automatik selama enam bulan. Ramai yang tertanya - tanya mengenai mekanisma dan pinjaman jenis apa yang dimaksudkan. Di bawah ini ialah soalan lazim (FAQ) yang disediakan oleh pihak BNM untuk rujukan semua. Baca dan dapatkan soalan lazim tersebut di sini: BNM - Soalan Lazim Bantuan Covid-19 Semoga bermanfaat.

Covid-19: Amalan Doa Untuk Menghindari dan Menjauhi Wabak

Semasa musim wabak Covid-19 ini, kita sebagai seorang Muslim marilah sentiasa memanjatkan doa kepada Allah supaya dijauhkan dan dilindungi daripada wabak ini. Antara doa yang boleh diamalkan ialah: للَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ Maksudnya: "Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit - penyakit buruk yang lain" Untuk diamalkan semoga kita semua dilindungi. InsyaAllah.

Covid-19: Doa Untuk Mengelakkan Wabak

Semasa musim wabak Covid-19 ini, kita sebagai seorang Muslim marilah sentiasa memanjatkan doa kepada Allah supaya dijauhkan dan dilindungi daripada wabak ini. Antara doa yang boleh diamalkan ialah: بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ Maksudnya: "Dengan nama Allah yang tidak dimudharatkan sesuatu pun dengan namaNya sama ada di bumi atau di langit. Dan dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" Untuk dibaca pada setiap hari pada waktu pagi dan petang. Semoga dilindungi.