Posts

Showing posts from March, 2019

Status Badal Haji 2019 Dengan Tabung Haji

Image
Tabung Haji tidak menyediakan perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) pada 2019 Tadi pakcik ada pergi ke Tabung Haji untuk daftar Badal Haji untuk arwah ibu pakcik. Bagi sesiapa yang belum tahu, Badal Haji ialah mengupah orang lain untuk melaksanakan ibadah haji bagi pihak orang lain. Biasanya bagi pihak arwah yang tidak sempat menunaikan haji semasa hayatnya. Jadi biasanya pihak waris yang akan mencari orang untuk upah haji ini.