Status Badal Haji 2019 Dengan Tabung Haji

Tabung Haji tidak menyediakan perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) pada 2019


Tadi pakcik ada pergi ke Tabung Haji untuk daftar Badal Haji untuk arwah ibu pakcik. Bagi sesiapa yang belum tahu, Badal Haji ialah mengupah orang lain untuk melaksanakan ibadah haji bagi pihak orang lain. Biasanya bagi pihak arwah yang tidak sempat menunaikan haji semasa hayatnya. Jadi biasanya pihak waris yang akan mencari orang untuk upah haji ini.


Bagi tujuan ini, pihak Tabung Haji turut menyediakan perkhidmatan Badal Haji ini. Boleh dapat info kat website dia. Masalahnya kat laman ni tidak pula diberitahu status terkini perkhidmatan ini. Bila pakcik pergi ke kaunter Tabung Haji tadi, pegawai kaunter tu bg tau rupanya Tabung Haji tidak menyediakan perkhidmatan ini pada tahun 2019 ni. Alasannya ialah kerana tidak dapat persetujuan daripada kerajaan Arab Saudi. Tak tau la betul ke tidak. 

Bagaimanapun, pegawai kaunter tu recommend pakcik untuk dapatkan perkhidmatan tu dengan syarikat agen pelanconganTH Travel & Services kat sebelah tu. Agen ni boleh buat, tapi masalahnya harga dia RM3,500. Harga Tabung Haji biasanya RM3,000 je. Huhu... so pakcik kena buat kira - kira balik la ni.




Baca blog post berkaitan: Contoh Ucapan Takziah Kerana Kematian

Comments

Popular posts from this blog

Contoh Ucapan Tidak Dapat Hadir Jemputan Ke Majlis Perkahwinan

Contoh Ucapan Takziah Kerana Kematian

Jom Teka Teki App: Jawapan Bagi Soalan 1 hingga 100