Contoh Ucapan Takziah Kerana Kematian
Baru - baru ni ibu saya telah kembali ke rahmatullah (semoga rohnya dicucuri rahmat) setelah bertahun - tahun terlantar kerana sakit tua. Jadi bila kawan - kawan dapat tahu berita tersebut, ramai la yang mula ucap takziah melalui SMS, Whatsapp dan email. Bila dah banyak dapat ucapan takziah tu, saya dapat tengoklah berbagai jenis ucapan - ada yang sepatah perkataan je (e.g. Innalillah), ada yang panjang berjela, ada yang siap masukkan doa tahlil, dan macam - macam lagi.
Bila nak bagi ucapan ni, biasanya kita patut jaga adab la jugak kan? Bila ada kematian, biasanya ahli keluarga ni sedang berduka. Jadi, ucapan tu biarlah lembut, pendek, sensitif dan bermakna. Yang perlu dielakkan ialah mesej copy-paste (ini biasa dalam group WhatsApp). Nampak sangat malas dan tak ikhlas kan? Satu lagi jangan tanya soalan macam nak interview kerja. Bila meninggal, sakit apa, kebumi di mana, balik kampung ke, anak - anak tak ikut ke... bla, bla, bla. Orang tu baru ada kematian kot, banyak lagi urusan nak di setelkan daripada nak menjawab soalan.
So di bawah ni saya sharekan beberapa contoh mesej yang boleh anda guna untuk bagi ucapan takziah kepada kawan/saudara yang ada kematian. Semoga bermanfaat.
Ringkas
Panjang sikit

Salam [Nama kawan/sedara],
Takziah di atas pemergian ibu/bapa/anak/mertua/saudara tercinta. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Salam [Nama kawan/sedara],
Saya baru dapat berita kematian. Takziah di atas pemergian ibu/bapa/anak/mertua/saudara tercinta. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang2 beriman.
Salam [Nama kawan/sedara],
Takziah di atas pemergian ibu/bapa/anak/mertua/saudara tercinta. Semoga anda sekeluarga tabah menghadapi dugaan.
Salam [Nama kawan/sedara],
Takziah di atas pemergian ibu/bapa/anak/mertua/saudara tercinta. Innalillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun.
Salam [Nama kawan/sedara],Takziah di atas pemergian ibu/bapa/anak/mertua/saudara tercinta. إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Panjang sikit
Salam [Nama kawan/sedara],
Takziah atas pemergian ibu/bapa/anak/mertua/saudara.
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Ya Allah! Ampunilah dia, rahmatilah dia, selamatkanlah dia dan maafkanlah dia. Semoga arwah berada di dalam kasih sayangNya.
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..
AlFatihah
. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين
Berdasarkan Riwayat Al-Bukhari pula, antara ucapan takziah yang disunatkan untuk diucapkan ialah:
أَنَّ لِلَّهِ مَا أَخَذَ، وَلَهُ مَا أَعْطَى، وَكُلُّ شَىْءٍ عِنْدَهُ بِأَجَلٍ مُسَمًّى…فَلْتَصْبِرْ وَلْتَحْتَسِبْ
Maksudnya: Sesungguhnya kepunyaan Allah segala yang telah diambil dan kepunyaan-Nya segala yang telah diberi dan bagi setiap sesuatu di sisi-Nya mempunyai tempoh yang tertentu…bersabarlah dan haraplah pahala daripada Allah.
- Riwayat al-Bukhari (7377)
Kenapa tidak ikut cara ucapan takziah yang telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w? Cuba rujuk Kitab Al Azhkar karangan Imam Nawawi.
ReplyDeleteBagus juga cadangan tu tuan. Ok saya dah kemaskini post di atas
Delete