Waktu Pengambilan Ubat Yang Betul
Semasa mengambil ubat di farmasi, anda tentu biasa dengar ahli farmasi memberitahu mengenai dos ubat yang anda patut ambil sama ada sekali sehari, dua kali sehari atau tiga kali sehari. Tapi tahukah anda bila waktunya atau pukul berapa untuk ambil dos sekali, dua kali atau tiga kali sehari yang dimaksudkan?
1 Dos (Sekali sehari)
Saya sendiri pun tak pernah tahu bila waktunya. Sebab itu untuk dos sekali sehari contohnya, saya kadang - kadang akan ambil pada waktu pagi. Atau kalau ter miss waktu pagi, saya akan ambil waktu petang atau malam. Sehinggalah baru - baru ini saya berkunjung ke Hospital Putrajaya dan ternampak poster di bawah ni. Rupanya ada waktu yang betul untuk pengambilan dos ubat ini (hehe). Saya rasa anda pun nak tau kan? Lihat, baca dan kongsi.
Waktu pengambilan ubat yang betul:
1 Dos (Sekali sehari)
Pukul 8 pagi
2 Dos (2 kali sehari)
Pukul 8 pagi dan 8 malam
3 Dos (3 kali sehari)
Pukul 6 pagi, 2 petang, 10 malam
4 Dos (4 kali sehari)
Pukul 6 pagi, 12 tengah hari, 6 petang, 12 malam
Waktu pengambilan ubat yang betul Sumber: poster Hospital Putrajaya |
Jadilah pengguna ubat yang bijak (pesan hospital).
Semoga bermanfaat!
Comments
Post a Comment