Peringkat Kejadian Nabi Adam Sebelum Ditiupkan Roh

Saya baru saja selesai membaca sebuah buku yang bertajuk "Begitu Rupanya Kisah Nabi Adam (AS)  -Cerita Sahih Dari Langit" karya Dr. Salah Abdul Fattah Al-Khalidi. Karya beliau ini diterjemahkan oleh Azrul Azlan dan A.Hadi Abd. Aziz.

Apa yang menarik yang saya ingin kongsikan di sini ialah terdapat ayat - ayat Al-Quran yang menerangkan beberapa peringkat kejadian Nabi Adam (as) sebelum ditiupkan roh kepadanya. Di sini saya tidak menyenaraikan ayat - ayat tersebut. Cuma yang saya ingin kongsikan adalah rumusan kejadian Nabi Adam (as) berdasarkan ayat - ayat Al-Quran tersebut. Sesungguhnya saya sendiri rasa kagum bila menyedari perkara ini.

Rumusan kejadian Nabi Adam (as):

  1. Peringkat pertama kejadian Nabi Adam (as) iaitu baginda dicipta daripada tanah yang kotor.
  2. Seterusnya, ayat yang lain pula menjelaskan tentang peringkat kedua kejadiannya iaitu tanah yang kotor berubah menjadi tanah liat.
  3. Kemudian dalam ayat ketiga dijelaskan apabila tanah liat tersebut berubah menjadi tanah yang kental, keras dan teguh.
  4. Dalam ayat ke empat diceritakan peringkat seterusnya iaitu tanah yang kental tersebut berubah menjadi tanah kering yang asalnya berwarna hitam serta berubah-ubah warna dan baunya.
  5. Dalam ayat kelima pula menerangkan tentang tanah yang kering itu umpama tembikar dan seramik
Berapakah tempoh masa antara setiap peringkat di atas? Atau adakah semua peringkat berikut berlaku serentak? Tiada keterangan ayat yang memberitahu mengenai tempoh masa tersebut. Hanya Allah sahajalah yang mengetahui.

Wallahu A'lam. Semoga bermanfaat.

Saya akan kongsikan info - info lain yang menarik daripada buku ini di dalam post yang lain.

Comments

Popular posts from this blog

Contoh Ucapan Tidak Dapat Hadir Jemputan Ke Majlis Perkahwinan

Contoh Ucapan Takziah Kerana Kematian

Jom Teka Teki App: Jawapan Bagi Soalan 1 hingga 100