Contoh Ucapan Tidak Dapat Hadir Jemputan Ke Majlis Perkahwinan

Baru - baru ni kawan pakcik hantar kad jemputan perkahwinan melalui Whatsapp. Orang zaman sekarang senang, dah tak payah habis duit cetak kad jemputan. Masalahnya, bila terima jemputan melalui WhatsApp ni, kenalah balas balik mesej tu kan, terutamanya kalau tak dapat hadir. Kalau terima kad tu senang la tak payah nak balas dah.

Bila nak bagitau tidak dapat hadir ni, penggunaan ayat tu biasanya kena la betul kan? Takut terasa hati. Terutamanya kalau yang menjemput tu kawan rapat, bos, rakan pejabat atau saudara mara. So di bawah ni pakcik sharekan beberapa contoh mesej yang boleh korang guna untuk bagi ucapan kalau tidak dapat hadir jemputan majlis perkahwinan. Boleh copy/paste je ke Whatsapp, SMS atau email. Semoga bermanfaat.





Ringkas

Salam [Nama kawan/sedara],
Tahniah kerana akan mendirikan rumahtangga tidak lama lagi. Mohon maaf saya tidak dapat hadir ke majlis kenduri kerana ada urusan yang tidak dapat dielakkan pada tarikh tersebut.

Salam [Nama kawan/sedara],
Tahniah kerana akan mendirikan rumahtangga tidak lama lagi. Terima kasih juga atas jemputan ke majlis perkahwinan tersebut. Bagaimanapun, saya mohon maaf kerana tidak dapat hadir kerana ada urusan yang tidak dapat dielakkan pada tarikh tersebut.


Panjang sikit 

Salam [Nama kawan/sedara],
Tahniah kerana akan mendirikan rumahtangga tidak lama lagi. Mohon maaf kerana saya tidak dapat hadir kerana ada urusan yang tidak dapat dielakkan pada tarikh tersebut. Saya doakan agar majlis tersebut dipermudahkan dan berjalan lancar. Semoga perkahwinan anda akan bahagia dan kekal hingga ke jannah. Aminn.


Comments

Popular posts from this blog

Contoh Ucapan Takziah Kerana Kematian

Jom Teka Teki App: Jawapan Bagi Soalan 1 hingga 100