Posts

Showing posts from 2021

Doa Mohon Perlindungan Dari Depression, Stress atau Kemurungan dan Keresahan

Image
Assalamualaikum, Akhir - akhir ini, banyak kita mendengar kes - kes kesihatan mental seperti depression, stress dan anxiety (kemurungan, stres dan keresahan) di kalangan rakyat akibat daripada perintah kawalan pergerakan yang berpanjangan.  Bagi sesiapa yang mengalami gejala - gejala kesihatan mental ini, sila dapatkan sokongan daripada ahli keluarga atau kenalan terdekat. Selain itu, terdapat banyak talian bantuan atau saluran media sosial dari pakar dan professional yang sedia membantu.  Selain daripada usaha di atas, kita juga perlu sentiasa menadah tangan memohon bantuan daripada pencipta kita Allah Azzawajalla yang maha berkuasa dan maha penyayang. Antara doa - doa berkaitan yang antaranya pernah dibaca sendiri oleh Nabi - Nabi kita adalah seperti berikut:     1.  Hadis Nabi: Mohon Perlindungan Dari Sifat Sedih, Lemah, Malas, Pengecut, Bakhil, Berhutang dan Penindasan اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ

Doa Akhir Ramadhan

Ramadhan tahun ini akan berakhir. Bulan yang penuh keberkatan. Alangkah ruginya bagi sesiapa yang tidak merebut peluang untuk meningkatkan amal di bulan ini. Sempena berakhirnya bulan Ramadhan ini, marilah kita sama - sama membaca doa akhir Ramadhan ini.  Doa Akhir Ramadhan  Ya Allah, jangan Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati2 kami. Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami. Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa islah dan kebaikan terhadap keperibadian kami. Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa keampunan dosa2 kami. Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan jejak - jejak ke syurga untuk kami. Ya Allah, janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi sebelum Kau tutup rapat pintu azab dan neraka Mu daripada tergelinciran kaki kami. Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan dosa dan kemaksiatan semasa dalam Ramadhan maupun selepas Ramadhan. Ya Allah, sebelum mentari akhir Ramadhan berlalu per

Infografik: Panduan Kuarantin Covid-19 Di Rumah

Image
Di bawah ini ialah panduan bagi mereka yang didapati positif Covid-19 tetapi kurang berisiko dan diarahkan untuk kuarantin di rumah. Boleh juga dijadikan panduan bagi ahli keluarga yang perlu menjaga ahli keluarga mereka yang positif. Semoga bermanfaat.  Sumber daripada The Star 24 Januari 2021.