Doa Mohon Perlindungan Dari Depression, Stress atau Kemurungan dan Keresahan




Assalamualaikum,

Akhir - akhir ini, banyak kita mendengar kes - kes kesihatan mental seperti depression, stress dan anxiety (kemurungan, stres dan keresahan) di kalangan rakyat akibat daripada perintah kawalan pergerakan yang berpanjangan. 

Bagi sesiapa yang mengalami gejala - gejala kesihatan mental ini, sila dapatkan sokongan daripada ahli keluarga atau kenalan terdekat. Selain itu, terdapat banyak talian bantuan atau saluran media sosial dari pakar dan professional yang sedia membantu. 

Selain daripada usaha di atas, kita juga perlu sentiasa menadah tangan memohon bantuan daripada pencipta kita Allah Azzawajalla yang maha berkuasa dan maha penyayang. Antara doa - doa berkaitan yang antaranya pernah dibaca sendiri oleh Nabi - Nabi kita adalah seperti berikut:
  
1.  Hadis Nabi: Mohon Perlindungan Dari Sifat Sedih, Lemah, Malas, Pengecut, Bakhil, Berhutang dan Penindasan

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

Maksud: “Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil dan aku berlindung dari cengkaman hutang dan penindasan orang.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 1555)
 
2.  Doa Nabi Yunus AS Ketika Didalam Perut Ikan Paus 

 لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Maksud: “Sesungguhnya tiada tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (Ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.” (Surah Al-Anbiya, 21:87)
 
3. Doa Nabi Musa AS Semasa Berdepan Firaun

 رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِ يَفْقَهُوا قَوْلِ

Maksud: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku, dan lepaskanlah simpulan dari lidahku supaya mereka faham perkataanku.” (Surah Taha, 20:25-28)
 
4. Doa Nabi Ibrahim AS Ketika Dicampakkan Ke Dalam Api 

 حَسْبُنَا اللَّـهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

Maksud: “Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung” (Surah Al-Imran, 3:173)

5. Hadis Riwayat Abu Daud
للَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ
Maksud: "Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit - penyakit buruk yang lain"

Semoga Allah menjauhkan kita dari segala penyakit ini. Amiin. 

Sekiranya anda atau keluarga perlukan bantuan, boleh hubungi perkhidmatan2 berikut:

  1. JAKIM Family, Social and Community care centre (Whatsapp 011-9598214)
  2. Talian Kasih (15999, Whatsapp 019-2615999)
  3. Mental Health Psychosocial Support Service (03-29359935)


Comments

Popular posts from this blog

Contoh Ucapan Tidak Dapat Hadir Jemputan Ke Majlis Perkahwinan

Contoh Ucapan Takziah Kerana Kematian

Jom Teka Teki App: Jawapan Bagi Soalan 1 hingga 100