Posts

Showing posts from July, 2021

Doa Mohon Perlindungan Dari Depression, Stress atau Kemurungan dan Keresahan

Image
Assalamualaikum, Akhir - akhir ini, banyak kita mendengar kes - kes kesihatan mental seperti depression, stress dan anxiety (kemurungan, stres dan keresahan) di kalangan rakyat akibat daripada perintah kawalan pergerakan yang berpanjangan.  Bagi sesiapa yang mengalami gejala - gejala kesihatan mental ini, sila dapatkan sokongan daripada ahli keluarga atau kenalan terdekat. Selain itu, terdapat banyak talian bantuan atau saluran media sosial dari pakar dan professional yang sedia membantu.  Selain daripada usaha di atas, kita juga perlu sentiasa menadah tangan memohon bantuan daripada pencipta kita Allah Azzawajalla yang maha berkuasa dan maha penyayang. Antara doa - doa berkaitan yang antaranya pernah dibaca sendiri oleh Nabi - Nabi kita adalah seperti berikut:     1.  Hadis Nabi: Mohon Perlindungan Dari Sifat Sedih, Lemah, Malas, Pengecut, Bakhil, Berhutang dan Penindasan اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ