Posts

Showing posts from 2018

Cara Sembunyikan Gambar Profail WhatsApp Daripada Dilihat atau Dicuri Oleh Scammers

Image
Semalam pakcik ada baca cerita mengenai seorang doktor yang viral mengatakan gambarnya telah digunakan oleh scammers sebagai gambar profail WhatsApp satu nombor telefon yang digunakan untuk menjerat mangsa. Teknik ini sebenarnya telah mula berleluasa pada masa ini sebab gambar - gambar orang ramai begitu mudah diperolehi di laman - laman sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan aplikasi WhatsApp. Terdapat pelbagai cara untuk mengelakkan gambar anda di copy oleh scammers. Yang paling berkesan sudah tentulah dengan tidak meletakkan gambar muka anda sendiri sebagai gambar profail, ehe. Tapi kalau dah letak gambar sendiri jugak, kenalah ambil langkah - langkah keselamatan untuk jaga privasi anda. Hari ini pakcik nak kongsi macam mana nak sembunyikan gambar profail WhatsApp anda dari dilihat oleh orang awam, atau dalam kes ni, scammers. 1. Dalam aplikasi Whatsapp, pilih menu 'Settings', dan kemudian pilih 'Account' 2. Dalam paparan Account ini, pilih menu &

Dapatkan Maklumat Terkini Belanjawan 2019 Melalui WhatsApp Hello MOF

Image
Belanjawan 2019 akan dibentangkan esok 2 November 2018 di Parlimen oleh YB Menteri Kewangan kita, YB Lim Guan Eng pada pukul 4 p.m. Untuk mendapatkan updates atau kemaskini mengenai belanjawan ini, pihak Kementerian Kewangan (MOF) telah menyediakan perkhidmatan kemaskini melalui WhatsApp. Caranya: Hantar 'Hello MOF' ke nombor 011 1000 3001 poster daripada MOF

Laman Web Rasmi Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Bagi Persekutuan atau Negeri

Bila bersalam atau berkenalan dengan orang tertentu yang berpangkat Datuk Seri/Datuk/Dato'/Datin dan sebagainya, pakcik selalu tertanya - tanya - betul ke orang ni dapat pangkat ni? Bukan apa, kadang - kadang tu nampak macam muda sangat. Dan sekarang ni pulak, banyak kes - kes yang menyamar ada pangkat semata - mata nak menipu atau mendapat keistimewaan tertentu. Bila nak semak kesahihannya, tak tau nak rujuk kat mana. Takkan nak call istana kot? Tapi nasib baiklah ada beberapa negeri yang dah publish senarai penerima anugerah atau darjah kebesaran negeri di laman web masing - masing. Setakat ni yang pakcik jumpa adalah negeri - negeri di bawah ni. Silalah rujuk ya. Kalau korang tau ada website negeri lain yang ada senarai tersebut, silalah share kat ruangan komen ya.

Garis Panduan Menangani Isu Beg Berat Di Sekolah

Sehari dua ni ramai orang dok bercakap pasal isu beg berat murid - murid sekolah. Sebenarnya Kementerian Pendidikan dah pun mengeluarkan garis panduan bagi perkara ini. Cuma yang tinggal sekarang ni pelaksanaannya sahaja. Pakcik tengok masih ramai lagi budak - budak sekolah, terutamanya sekolah rendah, masih bawa beg yang berat macam batu. Kat bawah ni pakcik share kan link untuk download garis panduan tersebut untuk rujukan ibu bapa semua. 'Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 8 Tahun 2018 - Panduan Menangani Isu Beg Berat di Sekolah'

Doa Untuk Anak - Anak Mengambil Peperiksaan SPM

Exam SPM dah dank bermula. Seperti biasa, sebagai ibu bapa sudah semestinya kita inginkan yang terbaik untuk anak - anak. Oleh itu, jangan lupa untuk sentiasa mendoakan semoga urusan exam mereka dipermudahkan. Sebenarnya untuk berdoa ni, boleh je karang sendiri mengikut ayat masing - masing. Asalkan ikhlas dan bersungguh - sungguh. Bagaimanapun, doa di bawah ni saya dapat daripada WhatsApp yang dishare oleh kawan - kawan. Semoga berguna untuk dijadikan panduan. InsyaAllah.

Cara Semak Daftar Pemilih Pilihanraya Umum 2018

Pilihanraya Umum ke-14 dah tak lama lagi dan semua orang tertunggu - tunggu bilakah Perdana Menteri kita DS Najib Tun Razak akan mengumumkan tarikh pilihanraya. Tapi sebelum tu, kena semak dulu sama ada anda sudah berdaftar sebagai pemilih atau belum. Kalau sudah, anda mungkin nak semak semula daerah atau kawasan mengundi anda. Caranya mudah sahaja seperti di bawah:

Evolusi Logo Visit Malaysia 1990, 1994, 2007, 2014 dan 2020

Image
Sekarang ni hangat diperkatakan mengenai logo Visit Malaysia 2020 yang dikatakan tidak cantik dan tidak mengikut design terkini. Menteri Pelancongan & Kebudayaan dan Tourism Malaysia teruk dikecam netizen. Jom tengok evolusi logo Visit Malaysia sejak pertama kali ianya dilaksanakan pada tahun 1990. Logo Visit Malaysia 1990 dengan tagline - You'll Be Fascinated Logo Visit Malaysia 1994

Astro Contact Number

Punyalah susah nak cari contact number Astro ni! Dekat website dia www.astro.com.my pun takde. Yang ada kat situ cuma borang maklumbalas online and senarai akaun social media rasmi seperti facebook, twitter dan sebangainya. Cari punya cari akhirnya jumpa maklumat tu kat bil dia. Ni hah dia nombor yang boleh dihubungi (Malaysia): Tel: +603 9543 3838 Fax: +603 9543 7333 IPTV: +603 9543 1543 Email: wecare@astro.com.my Facebook: www.facebook.com/Astro Twitter: @astroonline