Cara Sembunyikan Gambar Profail WhatsApp Daripada Dilihat atau Dicuri Oleh Scammers

Semalam pakcik ada baca cerita mengenai seorang doktor yang viral mengatakan gambarnya telah digunakan oleh scammers sebagai gambar profail WhatsApp satu nombor telefon yang digunakan untuk menjerat mangsa. Teknik ini sebenarnya telah mula berleluasa pada masa ini sebab gambar - gambar orang ramai begitu mudah diperolehi di laman - laman sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan aplikasi WhatsApp.

Terdapat pelbagai cara untuk mengelakkan gambar anda di copy oleh scammers. Yang paling berkesan sudah tentulah dengan tidak meletakkan gambar muka anda sendiri sebagai gambar profail, ehe. Tapi kalau dah letak gambar sendiri jugak, kenalah ambil langkah - langkah keselamatan untuk jaga privasi anda. Hari ini pakcik nak kongsi macam mana nak sembunyikan gambar profail WhatsApp anda dari dilihat oleh orang awam, atau dalam kes ni, scammers.


1. Dalam aplikasi Whatsapp, pilih menu 'Settings', dan kemudian pilih 'Account'


2. Dalam paparan Account ini, pilih menu 'Privacy'



3. Dalam paparan Privacy, pilih menu 'Profile Photo'


4. Dalam paparan Profile Photo, terdapat 3 pilihan iaitu: 'Everyone', 'My Contacts' dan 'Nobody'. Sekiranya anda pilih Everyone, semua orang yang ada atau tahu nombor anda boleh lihat gambar profail anda. Biasanya pilihan inilah yang menyebabkan scammers boleh dapatkan gambar anda. Sekiranya pilih 'My Contacts', hanya orang yang ada dalam senarai kenalan dalam phone anda sahaja yang boleh lihat gambar profail anda (pakcik pilih yang ni). Atau kalau anda tidak mahu sesiapa pun atas muka bumi ni untuk tengok gambar profail anda tu, sila pilih 'Nobody'.
 


Itu sahaja langkah mudah untuk jaga privasi anda dalam Whatsapp. Semoga selamat dan bermanfaat!

Comments

Popular posts from this blog

Contoh Ucapan Tidak Dapat Hadir Jemputan Ke Majlis Perkahwinan

Contoh Ucapan Takziah Kerana Kematian

Jom Teka Teki App: Jawapan Bagi Soalan 1 hingga 100