Cara Semak Daftar Pemilih Pilihanraya Umum 2018
Pilihanraya Umum ke-14 dah tak lama lagi dan semua orang tertunggu - tunggu bilakah Perdana Menteri kita DS Najib Tun Razak akan mengumumkan tarikh pilihanraya. Tapi sebelum tu, kena semak dulu sama ada anda sudah berdaftar sebagai pemilih atau belum. Kalau sudah, anda mungkin nak semak semula daerah atau kawasan mengundi anda.
Caranya mudah sahaja seperti di bawah:
1. Semak melalui website SPR
2. Semak melalui SMS
Caranya mudah sahaja seperti di bawah:
1. Semak melalui website SPR
- Layari https://pengundi.spr.gov.my
- Masukkan nombor kad pengenalan anda
- Klik butang 'Semak'
2. Semak melalui SMS
- Taip SPR [jarak] SEMAK [jarak] No. Kad Pengenalan
- Hantar kepada 15888
- Cth: SPR SEMAK 123456789101
- Anda akan terima maklumbalas mengenai lokasi mengundi anda seperti kawasan parlimen, DUN dan lokasi.
Selamat menyemak!
Comments
Post a Comment