Doa Sebelum Tidur Bersama Doa Pelepas Hutang

DOA SEBELUM TIDUR BERSAMA DOA PELEPAS HUTANG

اللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَاوَاتِ وَرَبَّ الْأَرْضِ وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ رَبَّنَا وَرَبَّ كُلِّ شَيْءٍ فَالِقَ الْحَبِّ وَالنَّوَى وَمُنْزِلَ التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ وَالْفُرْقَانِ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ شَيْءٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهِ اللَّهُمَّ أَنْتَ الْأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٌ وَأَنْتَ الْآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ وَأَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُونَكَ شَيْءٌ اقْضِ عَنَّا الدَّيْنَ وَأَغْنِنَا مِنْ الْفَقْرِ

Ya Allah! Tuhan Pemilik langit dan bumi. Juga Tuhan Pemilik Arasyh yang agung. Tuhan kami dan Tuhan semua benda. (Engkaulah) Allah yang (berkuasa) memecahkan (menumbuhkan) biji dan benih. 

Tuhan yang Menurunkan kitab Tawrat, Injil dan al-Quran. Aku mohon perlindungan-Mu daripada kejahatan semua makhluk yang mana Engkau memegang ubun-ubunnya (berkuasa penuh lagi mutlak ke  atasnya). 

YA Allah! Engkaulah (Tuhan) Yang Paling Awal dan tiada sesuatu apa-pun (wujud) sebelum-Mu. Engkaulah (Tuhan) Yang Paling Akhir dan tiada sesuatu apa-pun (wujud) selepas-Mu.  Engkaulah (Tuhan) Yang Nyata (kuasa dan kewujudan-Nya) dan tiada sesuatu apa-pun (yang berkuasa) mengatasi-Mu. 

Engkaulah (Tuhan) Yang Tersembunyi dan tiada sesuatu apa-pun (wujud) selain-Mu. Selesaikan segala hutang kami dan bebaskan kami daripada kefakiran 
(Sahih Muslim).

Comments

Popular posts from this blog

Contoh Ucapan Tidak Dapat Hadir Jemputan Ke Majlis Perkahwinan

Contoh Ucapan Takziah Kerana Kematian

Jom Teka Teki App: Jawapan Bagi Soalan 1 hingga 100