Peringkat Kejadian Nabi Adam Sebelum Ditiupkan Roh
Saya baru saja selesai membaca sebuah buku yang bertajuk "Begitu Rupanya Kisah Nabi Adam (AS) -Cerita Sahih Dari Langit" karya Dr. Salah Abdul Fattah Al-Khalidi. Karya beliau ini diterjemahkan oleh Azrul Azlan dan A.Hadi Abd. Aziz. Apa yang menarik yang saya ingin kongsikan di sini ialah terdapat ayat - ayat Al-Quran yang menerangkan beberapa peringkat kejadian Nabi Adam (as) sebelum ditiupkan roh kepadanya. Di sini saya tidak menyenaraikan ayat - ayat tersebut. Cuma yang saya ingin kongsikan adalah rumusan kejadian Nabi Adam (as) berdasarkan ayat - ayat Al-Quran tersebut. Sesungguhnya saya sendiri rasa kagum bila menyedari perkara ini. Rumusan kejadian Nabi Adam (as): Peringkat pertama kejadian Nabi Adam (as) iaitu baginda dicipta daripada tanah yang kotor. Seterusnya, ayat yang lain pula menjelaskan tentang peringkat kedua kejadiannya iaitu tanah yang kotor berubah menjadi tanah liat. Kemudian dalam ayat ketiga dijelaskan apabila tanah liat tersebut berubah menjadi tanah y