Posts

Showing posts from November, 2020

Peringkat Kejadian Nabi Adam Sebelum Ditiupkan Roh

Saya baru saja selesai membaca sebuah buku yang bertajuk "Begitu Rupanya Kisah Nabi Adam (AS)  -Cerita Sahih Dari Langit" karya Dr. Salah Abdul Fattah Al-Khalidi. Karya beliau ini diterjemahkan oleh Azrul Azlan dan A.Hadi Abd. Aziz. Apa yang menarik yang saya ingin kongsikan di sini ialah terdapat ayat - ayat Al-Quran yang menerangkan beberapa peringkat kejadian Nabi Adam (as) sebelum ditiupkan roh kepadanya. Di sini saya tidak menyenaraikan ayat - ayat tersebut. Cuma yang saya ingin kongsikan adalah rumusan kejadian Nabi Adam (as) berdasarkan ayat - ayat Al-Quran tersebut. Sesungguhnya saya sendiri rasa kagum bila menyedari perkara ini. Rumusan kejadian Nabi Adam (as): Peringkat pertama kejadian Nabi Adam (as) iaitu baginda dicipta daripada tanah yang kotor. Seterusnya, ayat yang lain pula menjelaskan tentang peringkat kedua kejadiannya iaitu tanah yang kotor berubah menjadi tanah liat. Kemudian dalam ayat ketiga dijelaskan apabila tanah liat tersebut berubah menjadi tanah y

Contoh Ucapan Takziah Kerana Kematian

Baru - baru ni ibu saya telah kembali ke rahmatullah (semoga rohnya dicucuri rahmat) setelah bertahun - tahun terlantar kerana sakit tua. Jadi bila kawan - kawan dapat tahu berita tersebut, ramai la yang mula ucap takziah melalui SMS, Whatsapp dan email. Bila dah banyak dapat ucapan takziah tu, saya dapat tengoklah berbagai jenis ucapan - ada yang sepatah perkataan je (e.g. Innalillah), ada yang panjang berjela, ada yang siap masukkan doa tahlil, dan macam - macam lagi. Bila nak bagi ucapan ni, biasanya kita patut jaga adab la jugak kan? Bila ada kematian, biasanya ahli keluarga ni sedang berduka. Jadi, ucapan tu biarlah lembut, pendek, sensitif dan bermakna. Yang perlu dielakkan ialah mesej copy-paste (ini biasa dalam group WhatsApp). Nampak sangat malas dan tak ikhlas kan? Satu lagi jangan tanya soalan macam nak interview kerja. Bila meninggal, sakit apa, kebumi di mana, balik kampung ke, anak - anak tak ikut ke... bla, bla, bla. Orang tu baru ada kematian kot, banyak lagi urusan n

Waktu Pengambilan Ubat Yang Betul

Image
Semasa mengambil ubat di farmasi, anda tentu biasa dengar ahli farmasi memberitahu mengenai dos ubat yang anda patut ambil sama ada sekali sehari, dua kali sehari atau tiga kali sehari. Tapi tahukah anda bila waktunya atau pukul berapa untuk ambil dos sekali, dua kali atau tiga kali sehari yang dimaksudkan? Saya sendiri pun tak pernah tahu bila waktunya. Sebab itu untuk dos sekali sehari contohnya, saya kadang - kadang akan ambil pada waktu pagi. Atau kalau ter miss waktu pagi, saya akan ambil waktu petang atau malam. Sehinggalah baru - baru ini saya berkunjung ke Hospital Putrajaya dan ternampak poster di bawah ni. Rupanya ada waktu yang betul untuk pengambilan dos ubat ini (hehe). Saya rasa anda pun nak tau kan? Lihat, baca dan kongsi. Waktu pengambilan ubat yang betul: 1 Dos (Sekali sehari) Pukul 8 pagi 2 Dos (2 kali sehari) Pukul 8 pagi dan 8 malam 3 Dos (3 kali sehari) Pukul 6 pagi, 2 petang, 10 malam 4 Dos (4 kali sehari) Pukul 6 pagi, 12 tengah hari, 6 petang, 12 malam Waktu pen