Contoh Ucapan Takziah Kerana Kematian
Baru - baru ni ibu saya telah kembali ke rahmatullah (semoga rohnya dicucuri rahmat) setelah bertahun - tahun terlantar kerana sakit tua. Jadi bila kawan - kawan dapat tahu berita tersebut, ramai la yang mula ucap takziah melalui SMS, Whatsapp dan email. Bila dah banyak dapat ucapan takziah tu, saya dapat tengoklah berbagai jenis ucapan - ada yang sepatah perkataan je (e.g. Innalillah), ada yang panjang berjela, ada yang siap masukkan doa tahlil, dan macam - macam lagi. Bila nak bagi ucapan ni, biasanya kita patut jaga adab la jugak kan? Bila ada kematian, biasanya ahli keluarga ni sedang berduka. Jadi, ucapan tu biarlah lembut, pendek, sensitif dan bermakna. Yang perlu dielakkan ialah mesej copy-paste (ini biasa dalam group WhatsApp). Nampak sangat malas dan tak ikhlas kan? Satu lagi jangan tanya soalan macam nak interview kerja. Bila meninggal, sakit apa, kebumi di mana, balik kampung ke, anak - anak tak ikut ke... bla, bla, bla. Orang tu baru ada kematian kot, banyak lagi urusan n